Berikut saya senarai antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan susu atau tidak cukup susu:
- Ibu perlu yakin (berfikiran positif)
- Ibu perlu mulakan penyusuan seawal 1 jam selepas bersalin
- Ibu perlu menyusukan bayi bila-bila perlu (on-demand) atau sekerap mungkin (biasanya 8-10 kali dalam 24 jam)
- Ibu tidak perlu menghadkan tempoh masa penyusuan dan kekerapan penyusuan sehari
- Ibu perlu sentiasa bersama bayi (rooming in) semasa di hospital
- Ibu perlu memastikan bayi melekap dengan betul pada payudara ketika menyusu
- Penyusuan pada waktu malam
- Ibu perlu berehat secukupnya
- Ibu perlu mengambil makanan berkhasiat secukupnya dan nutrisi seimbang
- Bayi tidak diberi minuman lain selain susu ibu sahaja
- Bayi tidak diberi puting tiruan, puting kosong atau pacifier untuk mengelak keliru puting.
No comments:
Post a Comment